SAMPAI BILA?????

SAMPAI BILA?????
SAMPAI BILA?????

Wednesday, September 15, 2010

Haruan Makan Anak

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

CERITA.....

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Tuhan berkata:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

RENUNGAN UNTUK WANITA



Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatku begitu berani mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah aku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa pun. Apalagi mencurahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati & cintaku, membuatku tersedar dari lenaku yang panjang.

Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah & mahkota diriku kerana Allah Ta’ala telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga & mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil-alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu. Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku dari lelaki manapun kerana aku tidak mahu membelakangimu.

Aku menghalang diriku dari mengenali lelaki manapun kerana aku tidak mahu mengenal lelaki lain selainmu, apalagi memahami mereka. Kerana itulah aku sekuat ‘kodrat yang lemah ini’ membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih suka berada di rumah kerana rumah itu tempat yang terbaik buat sorang perempuan. Aku sering merasa tidak selamat dari diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap kaummu, tetapi lebih baik aku berwaspada kerana contoh banyak di depan mata.

Aku palingkan wajahku dari lelaki yang asyik memperhatikan diriku atau cuba merayuku. Aku sedaya mungkin melarikan pandanganku dari lelaki ajnabi (asing) kerana Saidatina Aisyah (radhiallahu ‘anha) pernah berpesan,

“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang & tidak dipandang oleh lelaki”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah Ta’ala kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki & menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah Ta’ala. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah Ta’ala telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi & disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah Ta’ala telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati & perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulin.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah Ta’ala saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf (‘alaihisallam), juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman (‘alaihisallam), atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad (shalallahu ‘alaihi wasallam) yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah Ta’ala pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah Ta’ala. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dimubazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah Ta’ala tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah Ta’ala dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku keringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Cukuplah kau mencintai Allah Ta’ala dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah Ta’ala, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di Syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan mahramnya. Cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah Ta’ala.

“Peliharalah diri & jaga kesucian”

Cinta Zulaikha


Sedikit yang mengetahui bahwa Cinta Zulaikha pada Yusuf sudah mulai jauh
sebelum Zulaikha menjadi isteri seorang wazir.
Satu malam yang tenang, langit bersih tampak bintang gemilang ribuan
..tidak jutaan seolah menempel di langit yang hitam pekat. Angin yang
biasanya kencang kini terasa lembut. Ketenangan malam seolah mempesona
tumbuh-tumbuhan untuk tidak menggoyangkan dedaunannya.
Sang Putri Zulaikha tidur di peraduan dengan nyenyaknya.
Seolah kabut yang berwarna-warni hadir dalam mimpinya, dan di tengah-tengah
keindahan alam mimpi yang tak terlukiskan, sosok pemuda yang Agung dan
mempesona hadir di tengah-tengah taman.
Sungguh keindahan alam mimpi yang sebelumnya,
Keindahan warna-warni yang sebelumnya mempesona,
Kini seolah tenggelam ditelan pesona wajah agung nan rupawan si pemuda.
Sang putri yang menyaksikan itu merasa dadanya bergoncang hebat, hatinya
jatuh cinta pada sang pemuda.
“Duhai..siapakah..siapakah..siapakah dia ???”
Bangun dari tidurnya, Zulaikha termangu-mangu,
Hangat sinar mentari sudah terlanjur merasuk di hati,
Cinta pada sang pemuda dalam mimpi sudah menyelusup masuk ke pori-pori,
“Duhai,Siapakah kini yang dapat membawa dia ke hadapanku
Engkaukah angin ? Yang sanggup menyampaikan rasa cintaku padanya ?
Atau engkaukah air ? yang dapat mengalirkan anggur cintanya kepadaku ?
Atau engkaukah bumi ? yang dapat mempertemukanku dengan sang pujaan hati ?
Api telah membakar seluruh isi hatiku.”
Malam-malam kini dilaluinya dengan memohon, memohon dan memohon,
Agar ia dipertemukan dengan sang pemuda pujaan dalam mimpinya.
Satu waktu, kembali mimpi membawa sang pemuda kehadapannya,
Zulaikha bertanya,”Siapakah engkau Tuan ? yang telah menyita seluruh
perhatianku ? yang telah menghabiskan siang dan malamku untuk mengingatimu ?
Siapakah engkau ?”
Sang pemuda berkata,
“Aku Wazir Agung dari Mesir”
Begitu bangun, Zulaikha berupaya dengan segala cara,
Agar ia dipertemukan dengan Wazir Agung Mesir.
Ia berkata pada ayahanda, agar ia dikawinkan dengan Wazir Agung Mesir.
Sang ayah terdiam dan kemudian ia ingin menjajaki sampai di mana keinginan
anaknya terhadap Wazir Agung Mesir.
Maka suatu hari, diundanglah sang Wazir.
Dari balik pintu, Zulaikha mengintip dengan dada berdegup kencang.
“Diakah..diakah orang yang telah merampok hatiku ?”
Begitu di lihatnya wajah sang Wazir, alangkah kecewanya ia, bukan-bukan
orang yang diharapkan.
Tiba-tiba ia mendengar sebuah suara,
“Melalaui wazir inilah, engkau akan bertemu pujaan hatimu”.
Zulaikha yang sudah lemah longlai, hampir putus harapan, kini kembali
bersemangat.
Api harapan dan hangatnya pertemuan yang diinginkan dengan sang pujaan
mengalami proses ujian.
Ia tetap melangsungkan pernikahannya dengan wazir Agung.
Keanehan terjadi pada Zulaikha dan Wazir Agung,
Mereka tak bisa sebagaimana logiknya sepasang suami isteri,
Allah telah menjaga harum melati dan menjaga mawar tetap berseri.
San Wazir menerima apa adanya takdir yang terjadi.
Demikianlah..
Lama tak ada mimpi sang pujaan sama sekali,
Ingin sekali ia menyebut-nyebut nama sang pemuda, tapi ia tak tahu siapa
namanya.
Hanya bayang-bayang sang pemuda yang tak lepas dari angan-angannya.
Siang malam, siang malam, dihabiskan mengingati orang yang dicintainya.
Sampai satu waktu, mimpi menghantarkan sang pujaan lagi ke hadapannya.
Zulaikha bertanya,
“Siapakah Tuan yang memiliki wajah separuh manusia dunia ?”
“Siapakah nama Tuan ?”
Si pemuda tersenyum,
Senyumnya menghidupkan tumbuh-tumbuhan yang mati di sekelilingnya,
Menyegarkan yang layu,
Menyembuhkan haiwan-haiwan yang sakit.
“Aku Yusuf..”
Zulaikha terbangun dari tidurnya,
Kini bayang Yusuf telah bertambah dengan bibir Zulaikha yang terus
menggumamkan Nama Yusuf..Yusuf..Yusuf.
Apa saja yang berbau nama Yusuf, akan didatanginya sambil berharap ia adalah
pujaan hatinya.
Satu waktu terdengar khabar ada seorang budak yang bernama Yusuf di pasar,
Bergegas ia mengajak dayang-dayangnya ke sana.
Dengan tandu yang dipanggul oleh budak-budaknya,
Diiringi oleh dayang-dayangnya, Zulaikha datang di pasar budak itu.
Di intipnya dari tirai tandunya yang berwarna kuning muda.
“Tuhan !!”pekiknya tertahan,
“i..ii..ia ..dia yang ada dalam mimpiku !”
“Pelayan.beli budak yang dipasar itu. Berapapun harganya beli. Jangan sampai
kedahuluan oleh orang lain. Kalau perlu, katakan pada mereka, isteri wazir
Agung Mesir yang membeli budaknya”
Dengan harga yang mahal, emas perak dan berlian, sejak saat itu,
Yusuf menjadi budak wazir dan isterinya,
Zulaikha menyuruh budak-budak yang lainnya melayani Yusuf,
Memberinya pakaian yang indah bagi seorang budak, dan
Memberinya makan makanan yang biasa dimakan olehnya dan wazir.
Para budak iri tapi terpendam dalam hati.
Mulai hari itu, Zulaikha mencari jalan agar dapat menarik perhatian Yusuf,
Cara halus, tak mempan, segala cara sudah dipakai, tapi Yusuf tidak
bergeming.
Yusuf tidak menunjukkan cintanya, melainkan hanya menunjukkan hormat dari
seorang budak pada majikannya.
Zulaikha bebas melakukan apa saja sebab sang wazir hampir tidak pernah
berada di rumah.
Suatu ketika di ajaklah Yusuf berjalan menuju lorong-lorong kamar,
masuk kamar keluar kamar,
sampai kamar yang terakhir, sudah ada 12 pintu yang mereka lewati.
Tanpa sepengetahuan Yusuf, seluruh pintu-pintu kamar itu dikuncinya, dan
kuncinya disimpan diam-diam.
Di kamar yang terakhir itu, jauh dari orang lain, Zulaikha sudah tak dapat
menahan kerinduannya pada Yusuf yang sudah terpendam selama bertahun-tahun.
Ia mendekat pada Yusuf, tapi Yusuf menghindar, demikian selanjutnya,
Zulaikha mendekati Yusuf, Yusuf menghindar,
Sampai ketakutan Yusuf memuncak. Ia tak mau menjatuhkan dirinya ke lembah
nista,
Yusuf membalikkan punggungnya, ia berlari menuju pintu kamar itu.
Zulaikha tak mau Yusuf pergi dari kamar itu, ia mencoba menahannya dengan
menarik tubuh Yusuf. Yang terpegang adalah baju Yusuf,
Robeklah baju, berbareng dengan Yusuf lari keluar,
Seolah Tuhan sendiri yang membuka pintu-pintu itu,
Setiap kali Yusuf berhadapan dengan pintu-pintu yang terkunci,
setiap kali pula pintu-pintu itu terbuka dengan sendirinya.
Aib kejadian itu terbongkarlah sudah,
Orang-orang umum mencemuh Zulaikha.
Zulaikha hanya diam, tetapi kemudian ia mengundang seluruh gadis-gadis yang
mencemuhnya.
Zulaikha mendandani Yusuf bak seorang Raja.
Setelah semua gadis-gadis itu diberi epal dan sebuah pisau untuk
menghirisnya,
Yusuf diperintah untuk berjalan melewati mereka.
Mulut ternganga,
Lidah kelu,
Mata terpesona,
Tak terasa jari-jari mereka yang dikupas dengan pisau.
Cara halus tak dapat menggoyahkan iman Yusuf, Zulaikha kemudian menggunakan
cara yang berbeda. Kini, dengan tuduhan Yusuf yang akan memaksa Zulaikha,
Zulaikha berhasil meyakinkan suaminya, wazir untuk memenjarakan Yusuf.
Selama 7 tahun Yusuf berada dalam penjara. Apakah Zulaikha puas ?
Tidak, hatinya yang kini berisi penyesalan yang mendalam.
Kerinduannya semakin menumpuk.
Kalau dulu ia masih bisa memandang orang yang dikasihinya berlama-lama,
Tapi kini tak dapat lagi, meski cuma sekilas, meski cuma sebentar.
Gelombang rindu tak tertahankan,
Zulaikha meminta bantuan seorang budaknya untuk membuat jalan rahasia menuju
dekat sel penjara Yusuf.
Begitulah, setiap malam tiba, Zulaikha mendatangi penjara Yusuf, disebelah
selnya, hanya untuk memandangnya dengan hati penuh penyesalan.
Sampai satu waktu, masa kebebasan Yusuf tiba, melalui kemampuannya
menafsirkan mimpi,
Ia ditarik untuk menangani bendahara kerajaan Mesir.
Ditinggalkanlah rumah Zulaikha.
Sejak kejadian-kejadian yang menimpa, sampai wazir Agung mesir meninggal,
dan sampai raja mesir juga meninggal, Zulaikha papa dan agak
tua. Seluruh hartanya habis diberikan kepada orang yang membawa khabar
tentang Yusuf, waktu-waktunya habis untuk merenung Yusuf. Apalah arti
seorang Zulaikha dibanding kekuatan cinta yang menggelora.
Semua permohonan pertemuannya dengan Yusuf disampaikannya pada
berhala-berhala sesembahannya. Sampai satu ketika, di gubuknya yang kecil
dipinggir kota, berhala sesembahannya dibantingnya, dihancurkannya,
“Engkau sama sekali tidak berguna wahai arca mati. Sekian lama aku mengabdi
kepadamu tak ada artinya”.
“Duhai Yang memiliki hidup sesungguhnya, ampunilah aku, dan aku berserah diri
kepadaMu”
“Ya Alloh Tuhan Yusuf dan Tuhan semesta Alam.rindu dalam diriku yang
menggelora adalah dariMu Jua, hati terasa dikoyak-koyak ketika malam tiba,
wajah Yusuf yang terbayang tak dapat hilang, Ya Alloh.
Sudah sekian tahun hatiku gelisah resah dan selalu sakit, seolah luka lama
yang disayat luka baru dan disayat luka baru lagi., Aku begitu merindukan
Yusuf..Yusuf..Yusuf..
Dan jika siang tiba, matahari bersinar terang, tapi apa artinya bagi mataku
yang telah buta ?
Yang ada hanya bayangan Yusuf.
Ya Alloh, Engkau yang telah memasukkan benih cintaku pada Yusuf, dan Engkau
pula yang telah menyemai kerinduanku pada Yusuf, pertemukanlah aku
dengannya, atau cabutlah akar cintaku padanya, agar derita yang hamba
tanggung berkurang.”
Zulaikha menangis.menangis sampai kering airmatanya.
Malaikat mendengar do’a itu tak kuat menahan terlalu lama, mereka
melaporkannya,
“Ya Allah seru sekalian Alam. Zulaikha memohon huluran tanganMu, ia meratap
meminta Kasih dan sayangMu”
“Wahai malaikatku. Aku tahui dan kiranya sekaranglah saat ia lepas dari
derita kerinduan dan cintanya pada Yusuf”
Yusuf yang sudah menjadi raja Mesir, suatu hari dengan berkendara kuda
putihnya lewat di jalanan depan gubuk Zulaikha,
Bibir Zulaikha yang kering tetap melantunkan nama Yusuf..Yusuf..Yusuf.
Yusuf tertarik mendengar suara ini dan berhenti,
“Siapakah engkau wahai wanita ?”
“Bibirku tak pernah berhenti menyebutmu.orang yang dulu pernah
menjebloskanmu ke penjara selama bertahun-tahun. Ampunilah aku yang terlalu
banyak berbuat dosa kepadamu”
“Zu..Zulaikha ?” kata Yusuf agak tergagap,
ia turun dari kudanya dan dilihatnya Zulaikha.
Wajahnya layaknya seorang yang sudah tua, rambutnya memutih, tubuh kurus
kering, pakaiannya lusuh dan kotor.
“Kemanakah harta, kecantikanmu dan kekuasaanmu ?”
“Semua dimakan api yang berkobar dalam diriku, gelombang rindu dan api cinta
padamu telah membakar segalanya,” katanya lirih sambil terus melantunkan
nama “Yusuf..yusuf” di bibirnya.
Allah berfirman pada Yusuf dan kemudian ia mengajak Zulaikha ke istana.
Kemudian Allah mengembalikan kecantikan Zulaikha dan menambahnya, Allah
mengembalikan kemudaan Zulaikha.
Rindu dan Cinta kini sudah ditumbuhkan olehNya di tanah persemaian Yusuf.
Mereka berdua melangsungkan pernikahannya